Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Jiwa@Komuniti MADANI Semarakkan Perpaduan di Rumah Gawong, Marudi

By 5 Oktober 2025Oktober 6th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Regina Lasia (Sarawak)

MARUDI, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Semangat perpaduan dan nilai-nilai teras Malaysia MADANI terus disemarakkan pemahamannya melalui penganjuran Program Jiwa@Komuniti MADANI Kemasyarakatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu anjuran Pejabat Penerangan Daerah Telang Usan yang berlangsung di Rumah Gawong, Sungai Selejau Asal, Marudi, semalam.

Program dirasmikan Ahli Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau yang hadir untuk bersama masyarakat setempat, menyerlahkan komitmen pemimpin mendekati dan menyantuni rakyat di kawasan pedalaman, seiring aspirasi kerajaan untuk memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan komuniti akar umbi.

Ahli Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau menyampaikan ucapan perasmian Program Jiwa@Komuniti MADANI Kemasyarakatan DUN N78 Mulu di Rumah Gawong .

Anyie dalam ucapannya berkata pelaksanaan program seperti itu adalah antara usaha dan matlamat kerajaan untuk membina masyarakat yang bersatu padu, inklusif dan sejahtera.

“Program Jiwa@Komuniti MADANI ini menjunjung tinggi nilai perpaduan berteraskan prinsip Malaysia MADANI malah ia turut menjadi platform penting untuk kita berkumpul, saling mengenali dan mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama,” ujar beliau.

Anyie turut menyeru agar masyarakat terus menyokong inisiatif kerajaan dalam memastikan kemajuan dan pembangunan dapat dinikmati bersama.

“Jalinan kerjasama antara rakyat dan agensi kerajaan yang kukuh juga perlu bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan dapat dinikmati secara menyeluruh,” katanya lagi.

Upacara Miring bertujuan memohon pemberkatan dilakukan sebelum program bermula.

Dalam program yang sama, Pejabat Kebajikan Masyarakat Marudi turut memberi pencerahan berhubung pelbagai bantuan dan perkhidmatan kebajikan kerajaan agar masyarakat setempat memahami dan memperolehi manfaat sepenuhnya.

Program tersebut berjaya mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan menjadi landasan penting menyampaikan mesej perpaduan serta kesejahteraan seiring aspirasi kerajaan.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Telang Usan Jua Daud, Pegawai Menguasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Marudi Aziana Lasa, ketua-ketua masyarakat, tuai-tuai rumah dan ahli Komuniti MADANI Rumah Gawong, Komuniti MADANI Rumah Ganing dan Komuniti MADANI Rumah Philip.

-RJ-

Tinggalkan komen anda