
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Warta Kedah (Kedah)
ALOR SETAR, 28 Okt (MalaysiaAktif) – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Urban Forest 1 yang merupakan sebuah inisiatif pengindahan bandar berkonsepkan bandar dalam taman di Dataran Medan Bandar, di sini semalam.

Ucapan aluan oleh Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Bakar Din.
Program berkenaan merupakan usaha memperhebat elemen kehijauan di pusat bandar demi kesejahteraan rakyat.
Naib Presiden Jemaah Datuk Negeri Kedah (JDNK) Datuk Bakar Din berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada misi besar JDNK menghijaukan serta mencantikkan bandar-bandar di seluruh Kedah.
“Urban Forest 1 merupakan projek Urban Forest pertama di negeri Kedah dan Bandar Alor Setar sebagai ibu negeri dipilih untuk pelaksanaan projek yang pertama ini.
“JDNK berhasrat mewujudkan satu konsep baharu dalam pengindahan kawasan bandar iaitu konsep bandar di dalam taman, bukannya taman di dalam bandar,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini semalam.

Sultan Kedah bersama Sultanah Kedah hadir berkenan merasmikan Urban Forest 1.
Turut berkenaan berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.
Antara elemen kehijauan yang diketengahkan di Urban Forest 1 ialah pokok Tecoma, Pulai, Merawan Siput Jantan, bunga matahari serta pelbagai spesies pokok renek untuk menambah seri landskap dan meningkatkan daya tarikan visual kawasan tersebut.
-RI





