Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kemahiran Digital Keperluan Asas Anak Muda B40

By 17 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 17 Nov (MalaysiaAktif) – Kemahiran digital penting sebagai keperluan asas anak muda khususnya dari golongan B40.

Wakil Pengerusi Panel Penasihat GiatMARA Dr. Randas Amran Mustapha menyampaikan sijil pentauliahan kepada para peserta.

Wakil Pengerusi Panel Penasihat GiatMARA Dr. Randas Amran Mustapha berkata pembangunan digital adalah suatu jenis pelaburan masa depan.

“Memberi peluang kepada anak-anak B40 untuk mempelajari teknologi adalah membuka pintu kepada peluang baru bagi mereka,” katanya ketika merasmikan majlis pentauliahan Program Akademik Komuniti Digital, di sini kelmarin.

Latihan yang berlangsung dari 28 Sept hingga 1 Nov lepas di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Wakaf Aik itu bertujuan memperkasa kemahiran teknologi anak-anak B40 di Bachok.

Acara memotong kek pentauliahan diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar.

Modul latihan seperti aplikasi kecerdasan buatan (AI), Microsoft Tips & Tricks, Canva dan Microsoft Office yang dikendalikan oleh Pengurus NADI Nurul Afida Said bersama Penolongnya Amin Muiz Husain memberi pendedahan digital terkini yang sangat relevan dengan keperluan semasa.

Program berkenaan juga turut memberi ilmu pengetahuan, malah membantu meningkatkan keyakinan anak-anak B40 untuk menghadapi cabaran era digital negara.

-RI

Tinggalkan komen anda