Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Aura Diraja Serikan Kejohanan Menembak Amal 100 Tahun Pengakap Terengganu

By 17 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Maznah Ngah/ Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

KUALA NERUS, 17 Nov (MalaysiaAktif) – Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail berkenan mencemar duli menyertai pertandingan menembak pada Kejohanan Menembak Amal Sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Terengganu, di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negeri Terengganu Tok Jembal, di sini kelmarin.

Yang Di-Pertuan Muda mencemar duli ke lapang sasar bagi menyertai acara menembak

Penyertaan Baginda dalam pertandingan berkenaan membuktikan sokongan tinggi institusi diraja dalam aktiviti pembangunan belia dan kepimpinan pengakap di Terengganu.

Ia juga mencerminkan komitmen kepimpinan negeri dalam memupuk ketahanan mental, disiplin, fokus dan keberanian serta nilai teras dalam pembentukan pemimpin masa hadapan.

Turut berkenan berangkat Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az Sultan Mizan.

Hadir sama Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu Tan Sri Datuk Abdullah Taib.

Kejohanan tersebut bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi platform latihan taktikal dan pembangunan kemahiran menyeluruh bagi melahirkan pengakap yang yakin, cekap serta berwibawa.

Sambutan 100 Tahun Kejohanan Menembak Amal ini menjadi simbolik penting kepada perjuangan, kesinambungan dan kekuatan Pengakap Terengganu dalam mendidik generasi muda demi masa hadapan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda