Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Jom Petik Sayur’ Semarakkan Semangat Kejiranan

By 17 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)/MBSA

SHAH ALAM, 17 Nov (MalaysiaAktif) – Program Jom Petik Sayur Peringkat MBSA 2025 dilihat mampu menyemarakkan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim program berkenaan merupakan salah satu inisiatif di bawah agenda kelestarian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti hijau, selain memupuk semangat kejiranan dan gaya hidup lestari dalam kalangan penduduk setempat.

“Pada hari ini, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada 16 ‘Warrior of Shah Alam’ sebagai penghargaan kepada individu di atas sumbangan, komitmen dan semangat kesukarelawan komuniti yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program anjuran MBSA khususnya program Mini Zee Bee dan juga program Kebun Komuniti.

“Penghargaan ini juga diberikan kepada individu yang telah dikenal pasti di peringkat komuniti yang menunjukkan prestasi cemerlang, sentiasa memberikan cadangan positif, berdedikasi tinggi serta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menggerakkan program komuniti dan kemasyarakatan di dalam kawasan pentadbiran MBSA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jom Petik Sayur Peringkat MBSA 2025, di Kebun Komuniti Seksyen 8 Timur, di sini kelmarin.

Mohd Fuzi berharap program tersebut diharap dapat menanam minat komuniti terhadap pertanian bandar dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 8 (Pekerjaan Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi) dan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Lestari).

Turut berlangsung sesi ‘Petik Sayur’, jualan produk hasil tani tempatan dan pameran dari komuniti setempat.

Program itu turut mendapat penyertaan pameran daripada pelbagai agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

-RI

Tinggalkan komen anda