Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Usaha Pelihara Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharil Alias/Khairul Othman (IPN NS)

PORT DICKSON, 3 Nov (MalaysiAktif) – Usaha pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan Veerapan Superamaniam.

Veerapan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Mengambil contoh usaha pemeliharaan sungai sebagai nadi kehidupan, beliau justeru menyeru orang ramai berbuat demikian selari dengan tema Hari Sungai Sedunia 2025 aitu ‘Waterways in Our Communities’.

“Negeri Sembilan mempunyai 3,769.8 kilometer sungai, 492 anak sungai serta 160 kolam takungan banjir yang perlu dipelihara demi kesejahteraan bersama,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan (HKANS) 2025, di Pantai Batu 1, di sini kelmarin.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk senaman zumba, pertandingan pengumpulan e-waste, pertandingan Enviro Video, serta Pertandingan Reruai Tercantik dan Kreatif oleh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban 3.

Pameran oleh agensi-agensi terlibat turut menjadi tumpuan pengunjung dengan pelbagai bahan informasi dan aktiviti interaktif berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program yang turut menampilkan pameran dua ekor gajah, Jualan Rahmah, diskaun saman Polis Diraja Malaysia dan reruai pameran agensi kerajaan serta swasta.

Sambutan HKANS 2025 diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan bersama.

HKANS 2025 menghimpunkan pelbagai sambutan berkaitan kelestarian alam seperti Hari Alam Sekitar Negara, Hari Bumi, Hari Sungai Sedunia dan Hari Menanam Pokok Sedunia, melalui kerjasama strategik antara jabatan kerajaan, agensi dan pihak swasta bagi memperkukuh agenda pemuliharaan alam sekitar negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda