Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

JPKK Perlu Bina Hubungan Baik dengan Agensi Kerajaan

By 26 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 26 Nov (MalaysiAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu membina hubungan baik dengan agensi kerajaan.

Pengerusi Bertindak dan Modan Insan Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata hubungan baik terutamanya dengan agensi Kerajaan Persekutuan itu agar setiap maklumat, kemudahan dan bantuan dapat disalurkan melalui saluran yang tepat kepada masyarakat.

Pengerusi Bertindak dan Modan Insan Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata hubungan baik terutamanya dengan agensi Kerajaan Persekutuan itu akan membolehkan setiap maklumat, kemudahan dan bantuan dapat disalurkan melalui saluran yang tepat kepada masyarakat.

“Kerjasama erat dengan jabatan dan agensi berkaitan amat penting bagi melancarkan urusan penduduk, mempercepat penyampaian perkhidmatan serta memastikan isu setempat dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengerusi dan Setiausaha JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling di Dewan Orang Ramai Senaling, di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata pelantikan tersebut diharap dapat memperkukuh pentadbiran di peringkat akar umbi, meningkatkan keberkesanan JPKK serta menyokong agenda pembangunan negeri secara inklusif, terancang dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan watikah kepada Pengerusi JPKK DUN Senaling.

Pada masa sama, Pegawai Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin pula menegaskan sekiranya JPKK bukan sekadar jawatan tetapi amanah untuk memajukan komuniti.

“Profil kampung mesti sentiasa dikemas kini bagi memastikan data kemiskinan dan bantuan sosial tepat, manakala penyelarasan kerjasama antara kampung perlu diperkukuh untuk memudahkan urusan penduduk.

Turut hadir Penghulu Senaling Mohamad Hadzriq Abd Kasim.

-RI

Tinggalkan komen anda