Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerentanan Institusi Keluarga Semakin Membimbangkan – Anfaal

By 30 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Isu kerentanan institusi keluarga semakin membimbangkan apabila kes rogol kanak-kanak, insiden tikaman dan pengaruh melampau permainan video serta media sosial dilihat semakin ketara.

Forum kekeluargaan oleh panel ternama turut diadakan pada Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata penyelesaian tidak boleh diletakkan hanya di bahu Kementerian Pendidikan Malaysia sebaliknya perlu bermula di rumah melalui komunikasi sihat antara ibu bapa dan anak-anak.

Beliau kerajaan negeri kini sedang merancang untuk mengadakan perbincangan meja bulat melibatkan pelbagai pihak menjelang pindaan Enakmen Keluarga Syariah pada 2027.

“Antara perkara yang akan diperhalusi termasuk perkahwinan tanpa kebenaran, perkahwinan bawah umur, poligami tanpa kebenaran serta penegasan mengenai nafkah dan tanggungjawab suami isteri.

Aktiviti kanak-kanak bersama keluarga mendapat sambutan baik pada sambutan berkenaan.

“Pindaan ini memerlukan penelitian terperinci kerana JAIS sebagai badan penguat kuasa perlu melihat setiap implikasi dengan teliti. Sebab itu prosesnya mengambil masa,” katanya ketika menyempurnakan Perasmian Penutup Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

Menurutnya, Sambutan Bulan Keluarga menjadi peringatan bahawa pelbagai isu yang timbul hari ini hanyalah ‘tip of the iceberg‘ dan memerlukan tindakan lebih menyeluruh.

Pada masa sama, Anfaal berkata kerajaan negeri terus memberi tumpuan kepada agenda Keluarga Ehsan dan memastikan kesejahteraan kanak-kanak dalam 1,000 hari pertama kehidupan bagi membentuk Selangor sebagai negeri yang lebih penyayang dan berdaya huni.

-FN

Tinggalkan komen anda