Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MBSA Ambil Pelbagai Langkah Atasi Isu Salah Laku, Integriti

By 6 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 6 Nov (MalaysiaAktif) – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil pelbagai langkah proaktif bagi mengatasi masalah salah laku dan integriti dalam kalangan petugasnya.

Mohd Fauzi ketika berucap sempena perasmian DIKSA 2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata ia antaranya melibatkan langkah mentransformasikan perkhidmatan digital melalui urusan pembayaran yang melibatkan penerimaan tunai.

 

“Pelbagai platform pembayaran diperkenalkan antaranya JomPAY, perbankan dalam talian, saluran PBTPay dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada program Dialog Integriti Kebangsaan Shah Alam (DIKSA), di Pusat Konvensyen MBSA, di sini semalam.

Bertemakan ‘Membina Kita dan Kota Berintegriti’, DIKSA bertujuan bagi memperkukuh ekosistem integriti negara disertai penjawat awam yang hadir untuk memperkukuh nilai integriti dalam setiap organisasi.

Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin hadir merasmikan program berkenaan.

Antara tetamu yang hadir ke DIKSA 2025 di MBSA.

Mohd Fauzi berkata MBSA turut melaksanakan Pelan Anti Rasuah (OACP) yang menggariskan tindakan pencegahan terperinci dan pengurusan risiko di jabatan-jabatan yang sensitif seperti perolehan, penguatkuasaan dan kawalan bangunan.

Beliau turut menekankan soal kesedaran diri dalam setiap pegawai awam terutama warga kerja MBSA dalam membentuk jati diri yang berintegriti dan berkualiti.

“Ini kerana kualiti yang terbaik menghasilkan tatakerja, perkhidmatan yang menunjukkan intelektual yang tinggi sebagai penyedia perkhidmatan perbandaran,” katanya.

MBSA katanya komited memperkukuh nilai integriti dalam semua lapisan organisasi dan menyeru warga Shah Alam untuk bersama-sama menjadikan integriti sebagai budaya hidup demi pembangunan bandar raya yang mampan dan beretika.

-RI

Tinggalkan komen anda