Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pesta Bola Ngoca 2025 Meriah dengan Acara Tradisi, Sukan Rakyat

By 30 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sharani/Sharil Alias (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 30 Nov (MalaysiaAktif) – Pesta Bola Ngoca 2025 yang dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di Perkampungan Budaya Terachi pagi tadi dipenuhi pengunjung yang hadir menikmati pelbagai acara tradisi, sukan rakyat dan pertandingan ngoca yang sangat meriah.

Ucapan perasmian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Gelanggang telah dibuka, kita tunggu siapakah yang muncul sebagai juara,” katanya.

Acara tumpuan ialah perlawanan bola ngoca antara Pasukan Menteri Besar dan Pasukan Pempengaruh, dengan Pasukan Menteri Besar mencatat kemenangan 2–0.

Turut menarik perhatian ialah tarik tali ngoca, gusti bantal, baling tin, sumpit, titi hayun, basikal titi serta permainan kampung lain.

Acara menangkap itik.

Dalam sidang media, Aminuddin, berkata kerajaan negeri menyasarkan 30,000 pengunjung untuk penganjuran tahun ini, selari dengan promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan yang menampilkan warisan, budaya dan permainan tradisional sebagai tarikan utama.

-RI

Tinggalkan komen anda