Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

PIBPNS 2040 Tingkat Kualiti Rakyat Negeri Sembilan

By 14 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Hafizi (Jempol)

JEMPOL, 14 Nov (MalaysiaAktif) – Pelan Induk Bandar Pintar Negeri Sembilan 2040 (PIBPNS 2040) dijangka menjadi pemangkin kehidupan yang baik rakyat di negeri ini.

“Pelancaran PIBPNS 2040 merupakan satu pelan strategik yang menggabungkan teknologi pintar, perancangan ruang serta kesejahteraan rakyat dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup penduduk bandar dan luar bandar,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan.

Kawasan Lorong Dato’ Maharaja.

Mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Arul berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2025 di Lorong Dato’ Maharaja, berhampiran Stesen Bas Bahau, di sini semalam.

Beliau berkata sambutan tersebut bukan sahaja memperingati kepentingan perancangan bandar yang mampan, tetapi juga memperkukuh hala tuju pembangunan negeri menuju ke arah Negeri Pintar, Hijau dan Lestari menjelang tahun 2040.

Tetamu terhormat di Lorong Dato’ Maharaja.

Dalam ucapannya, Arul berharap sambutan berkenaan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting perancangan bandar dalam mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selesa, seimbang dan berdaya tahan untuk semua lapisan masyarakat.

Majlis ini turut diserikan dengan pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar Jempol 2035 yang dijangka menjadi model rintis pembangunan pintar di kawasan luar bandar berteraskan ekonomi digital, kecekapan perkhidmatan awam, kelestarian alam sekitar serta keterangkuman sosial.

Bertemakan Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat, turut dirasmikan pada majlis tersebut ialah #NewVibes@LorongBelakang, sebuah projek yang memberi nafas baru bagi memperindah serta menghidupkan semula lorong-lorong belakang sebagai ruang awam yang lebih ceria dan selamat.

-RI

Tinggalkan komen anda