
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/ APM Raub
RAUB, 25 Nov (MalaysiaAktif) – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini ekoran hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai, di sini malam tadi.

APM Daerah Raub membuat pemantauan air sungai dari masa ke masa.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub Kapten (PA) Samasuddin Kambade, setakat ini 23 mangsa telah dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai dan pihaknya telah membantu dalam pengurusan PPS bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Setakat pagi ini cuaca masih lagi hujan dan kami membuat pemantauan di sepanjang kawasan sungai bersama agensi penyelamat yang lain,” katanya.

Kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan di PPS.
Ujarnya lagi, paras air sungai mula menunjukkan penurunan pagi ini dan pemantauan berterusan akan dibuat dari masa ke masa.
-RI





