Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

RM1.97 Bilion Untuk Pesara: Penyelarasan Pencen Fasa 2 Berkuat Kuasa 1 Januari

By 12 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)

MANJUNG, 12 Nov (MalaysiaAktif) – Kerajaan memperuntukkan RM1.97 bilion bagi melaksanakan penyelarasan pencen Fasa 2 yang akan berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata inisiatif itu adalah bukti kesungguhan kerajaan dalam menghargai jasa para pesara.

Menurutnya, penyelarasan itu juga diyakini dapat memberikan kelegaan kewangan kepada hampir sejuta penerima pencen dan pencen terbitan.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan pesara terus terpelihara, selari dengan prinsip Kesejahteraan yang menjadi tunjang nilai-nilai Malaysia MADANI. Kerajaan amat menghargai sumbangan para pesara yang telah menabur bakti kepada negara.

“JPA sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan mereka, bukan sahaja dari segi keperluan ekonomi, tetapi juga kesejahteraan kesihatan dan hubungan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi salah seorang pesara sempena Program Ziarah Pesara Negeri Perak di Taman Desa Bayu, Seri Manjung, di sini semalam.

Wan Ahmad Dahlan turut menasihati pesara agar menguruskan kewangan dengan lebih berhemah serta berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan kewangan yang boleh menjejaskan simpanan persaraan mereka.

-RI

Tinggalkan komen anda