Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Taman MADANI Wajah Baru Taman Rekreasi Ulu Bendul

By 27 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/Unit Media MDKP

KUALA PILAH, 27 Nov (MalaysiaAktif) – Taman MADANI di Taman Rekreasi Ulu Bendul, di sini kini menyediakan ruang awam lebih selesa, selamat dan mesra komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan berharap Taman MADANI menjadi simbol pembangunan mampan, inovasi bandar hijau dan kemakmuran komuniti Kuala Pilah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan berkata pembangunan taman dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) itu juga akan memberi manfaat kepada semua untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga.

“Komitmen MDKP dalam menyiapkan taman ini, memberikan satu tanda aras yang mana ia dilaksanakan dengan komited serta dijangka menjadi titik tumpu pelancongan dan aktiviti komuniti. Kemudahan yang disediakan bukan sahaja memperkaya pengalaman pengunjung, malahan membuka peluang kepada ekonomi setempat untuk menjana pendapatan.

“Kejayaan pembangunan Taman MADANI di sini dan beberapa kelulusan projek landskap akan datang, membuktikan kerjasama erat antara MDKP, Jabatan Landskap Negara, Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat amat penting dalam melaksanakan projek yang berkualiti,” katanya.

 Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan taman berkenaan yang merupakan sebuah projek tambah nilai kawasan rekreasi Ulu Bendul, di sini semalam.

Arul Kumar turut berharap agar taman berkenaan bukan sahaja menjadi tempat riadah malah sebagai simbol pembangunan mampan, inovasi bandar hijau dan kemakmuran komuniti Kuala Pilah.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin, Pengarah Bahagian Pengurusan Landskap Md Zaimi Zainudin dan Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan Malaysia Melaka Noraida Abdul Rani.

-RI

Tinggalkan komen anda