Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

90 Peratus Guru TABIKA KEMAS Melaka Miliki Kelayakan Diploma

By 12 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Fairul Nizam Roslan Along

ALOR GAJAH, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus menunjukkan peningkatan membanggakan apabila hampir 90 peratus guru Taman Bimbingan dan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Melaka memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata institusi pendidikan itu turut menggunakan silibus standard Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). 

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata institusi pendidikan itu turut menggunakan silibus standard Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

 

“Ini membuktikan kesungguhan KEMAS dalam memperkukuh pendidikan prasekolah.

“Pada masa sama, Program Pra Tahfiz KEMAS juga kini diperluaskan ke seluruh negara, melibatkan 20 buah TABIKA KEMAS di Parlimen Alor Gajah tahun ini yang mana usaha ini dapat membentuk generasi yang cemerlang akademik dan kukuh akhlaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Apresiasi TABIKA KEMAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Sesi 2025, di Pejabat KEMAS Selandar Alor Gajah, di sini semalam.

Seramai 70 kanak-kanak daripada sembilan buah TABIKA KEMAS diraikan pada majlis tersebut.

“Terima kasih kepada Pegawai KEMAS Daerah Alor Gajah, para guru, Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan ibu bapa yang sentiasa komited memastikan pendidikan awal kanak-kanak di DUN Rembia berjalan cemerlang,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda