Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Aktiviti Sukan Satukan Pasukan Keselamatan dan Masyarakat – Aminuddin

By 15 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahril Alias (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 15 Dis (MalaysiAktif) – Penganjuran FRU 70th Anniversary Fit Run 2025 bersempena sambutan ulang tahun ke-70 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Negeri Sembilan menjadi platform untuk memperkenalkan peranan, tanggungjawab serta pengorbanan pasukan tersebut dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman negara.

Penyampaian cenderamata.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapan perasmian berkata aktiviti sukan dan rekreasi mampu menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan mental, di samping mengeratkan hubungan antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat.

“Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi medium untuk memupuk semangat kebersamaan serta menghargai jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sentiasa komited menjaga keselamatan negara,” katanya, di sini kelmarin.

Seramai 500 peserta menyertai program larian ria yang disertai anggota PSP dan ahli keluarga serta orang awam, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda