Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kampung Angkat MADANI JAS Perkasa Komuniti Lestari Alam Sekitar

By 15 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 15 Dis (MalaysiAktif) – Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) serta kerjasama komuniti setempat telah melaksanakan Program Serahan Kampung Angkat MADANI (KAM) JAS 2025 di Kampung Linggi, di sini kelmarin.

Ketua Pengarah JAS ketika menyampaikan ucapan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan melalui kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti.

“Pendekatan Kampung Angkat MADANI ini mencerminkan nilai Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, ihsan dan kebersamaan, di mana pembangunan dilaksanakan secara inklusif demi kesejahteraan komuniti setempat,” katanya.

Penduduk Kampung Linggi yang hadir.

Sebanyak 22 projek dan program dilaksanakan merangkumi lima skop utama termasuk Pusat Advokasi Alam Sekitar, Sekolah Lestari, Masjid Lestari serta kemudahan komuniti lestari, melibatkan inisiatif seperti pemasangan sistem solar, naik taraf prasarana dan program pendidikan alam sekitar.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan turut dianjurkan antaranya pemeriksaan kesihatan, program kesedaran dan kekeluargaan yang mengeratkan hubungan komuniti.

Kerjasama strategik ini diyakini mampu menjadikan Kampung Linggi sebagai model KAM yang berjaya serta rujukan pada masa hadapan.

-RI

Tinggalkan komen anda