Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

CHACHA SRC Juara Kejohanan Futsal Malaysia Aktif Perak

By 16 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Facebook JBSN Perak

IPOH, 16 Dis (MalaysiaAktif) – CHACHA SRC muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Malaysia Aktif Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini kelmarin.

Sesi bergambar antara pasukan yang bertandingan sebelum perlawanan bermula.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kemenangan itu membolehkan pasukan itu membawa pulang wang tunai bernilai RM2,500, set jersi serta trofi kejohanan.

“Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan berpasukan, sekali gus memperkukuh interaksi komuniti melalui sukan futsal.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu, malah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai budaya dan gaya hidup sihat masyarakat yang aktif serta bersatu,” menurut kenyataan itu.

Naib johan menjadi milik pasukan MAGNUSKL FC.X.CNA yang memenangi RM1,500, manakala tempat ketiga secara bersama dimenangi MPM FC dan TOM MVFT yang masing-masing membawa pulang RM500.

Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan itu.

-RI

Tinggalkan komen anda