Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ekonomi Selangor Terus Kukuh, Kutipan Hasil Lepasi Sasaran – MB Selangor

By 11 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin

SHAH ALAM, 11 Dis (MalaysiaAktif) – Selangor berjaya menerima hasil bernilai RM2.705 bilion setakat kelmarin atau 115.15 peratus daripada sasaran kutipan hasil tahun ini iaitu RM2.35 bilion.

Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata prestasi kutipan itu adalah RM155 juta melebihi jumlah kutipan bagi tempoh sama tahun lepas.

“”Kerajaan Tuanku menerima hasil sebanyak RM40.6 juta daripada caj abstraksi air, RM8.7 juta daripada Dasar Pelepasan Sifar serta RM50 juta tahun ini daripada bayaran Kementerian Kerja Raya bagi pembinaan kawasan Rehat dan Rawat di tepi lebuh raya seluruh Selangor,” katanya.

Amirudin berkata demikian dalam Sembah Ucapan Taat Setia Menteri Besar Selangor sempena Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, di sini hari ini.

Beliau berkata prestasi itu hanya dapat dicapai dengan semangat utuh serta kesungguhan pasukan penjawat awam bagi mengimbangi di antara keperluan rakyat serta kelangsungan negeri demi manfaat rakyat.

“Prestasi hasil ini turut mencerminkan kemampuan pentadbiran Kerajaan Tuanku untuk melaksanakan perancangan bagi mempelbagaikan hasil negeri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tanah untuk menjana hasil.

“Pencapaian ini sekali lagi mengangkat Selangor sebagai model pentadbiran cekap dan mampan demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda