Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

FESTIDNS 2025 Platform Perkasa Ekosistem Sains, Teknologi, Inovasi dan Digital

By 15 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sarani (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 15 Dis (MalaysiAktif) – Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi komitmen dalam memperkasa ekosistem sains, teknologi, inovasi dan digital serta melahirkan bakat muda berdaya saing, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli.

Mohd Faizal  ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“FESTIDNS 2025 (Festival Sains, Teknologi, Inovasi dan Digital Peringkat Negeri Sembilan 2025) bukan sekadar sebuah pameran, sebaliknya platform strategik untuk memupuk minat, mencungkil bakat serta memperkasa ekosistem sains, teknologi, inovasi dan digital secara menyeluruh dalam kalangan belia dan masyarakat,” katanya ketika merasmikan festival berkenaan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi, di sini baru-baru ini.

FESTIDNS 2025 yang melabuhkan tirainya kelmarin berjaya menarik kehadiran lebih 3,500 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Antara orang ramai khususnya golongan belia yang hadir.

Antara tarikan utama festival ialah reruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menampilkan Kempen Internet Selamat, Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), pameran peralatan Spectrum Analyzer, promosi aplikasi MCMC Nexus, aktiviti TinyTechies serta pelbagai program keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Penganjuran FESTIDNS 2025 disokong oleh pelbagai agensi kerajaan, penggiat industri, pendidik dan sukarelawan membuktikan usaha bersama dalam menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri berteknologi tinggi, progresif dan inklusif.

-RI

Tinggalkan komen anda