
Laporan/ foto: Yusoffirman/ FirdaufAlias (Temerloh)
TEMERLOH, 31 Dis (MalaysiaAktif) – Galeri Tokoh Temerloh yang diilhamkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menjadi antara lokasi bersejarah yang menghimpunkan memori perjuangan serta sumbangan tokoh tempatan.

Wajah baru dinding Galeri Temerloh kini lebih ceria untuk kunjungan orang ramai
Salah seorang pengunjung ketika ditemui Mustafa Chik, 58, galeri tersebut mempamerkan pelbagai barangan, dokumen sejarah dan hasil kraftangan yang berfungsi sebagai gabungan muzium, arkib serta pusat rujukan masyarakat setempat.
“Di Galeri Tokoh ini kita dapat lihat barang-barang lama, dokumen-dokumen lama dan barang kraftangan seperti lukah dan gasing,” katanya ketika ditemui MalaysiaAktif, di sini, semalam.

Antara koleksi Allahyarham Sudirman yang dipamerkan di galeri ini
Tambah beliau yang juga seorang penulis blog, pembukaan galeri berkenaan amat dinantikan, khususnya sebagai pusat rujukan tokoh besar kelahiran Temerloh seperti Pak Sako dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.
Galeri Tokoh ini menghimpunkan pelbagai koleksi bersejarah tokoh kelahiran Temerloh, Pahang termasuklah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang disumbangkan oleh ahli keluarganya.
-AA-





