
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook: Fairul Nizam Roslan
ASAHAN 19 Dis (MalaysiaAktif) – Inisiatif Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Negeri Melaka jelas membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri yang sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat serta pembangunan pendidikan anak-anak.

Menurut Fairul, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital Datuk Fairul Nizam Roslan berkata seramai 267 orang murid daripada 17 buah sekolah rendah menerima manfaat tersebut.
“Bantuan berbentuk kupon bernilai RM200 setiap seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan RM53,400, sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu pada Januari 2026.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) atas usaha berterusan membantu meringankan beban ibu bapa serta memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan bersemangat,” katanya.

Fairul menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepala pelajar-pelajar di Dewan SRJKC Toon Hua, di sini semalam.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Negeri Melaka Sesi Akademik 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Toon Hua, di sini semalam.
Fairul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berharap agar bantuan tersebut sedikit sebanyak menjadi pemangkin kejayaan dan melahirkan generasi berilmu yang bakal mencorakkan masa depan Melaka dan Malaysia.
-RI





