Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

TPM Bawa Cadangan Naikkan BWI ke Mesyuarat Kabinet

By 19 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Radiah Rahim/ Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 19 Dis (MalaysiaAktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membawa cadangan menaikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Ahmad Zahid turut melawat khemah mangsa dan bertanya khabar

Beliau berkata langkah itu cadangan itu bagi memastikan bantuan yang disalurkan lebih sesuai dengan keperluan semasa mangsa banjir terutama ketika berdepan isu peningkatan kos sara hidup.

“Saya akan membawa cadangan ini ke mesyuarat Jemaah Menteri akan datang,” katanya kepada media ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, di sini  semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kenaikan itu belum ditetapkan dan bakal bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Ahmad Zahid disambut oleh penduduk setempat yang terjejas banjir

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga telah memutuskan BWI akan disalurkan terus kepada mangsa banjir semasa mereka masih berada di PPS, tidak seperti kaedah sebelum ini di mana bantuan hanya disalurkan apabila mangsa pulang ke rumah masing-masing.

“Pendekatan itu dibuat kerana ramai mangsa memerlukan wang segera untuk keperluan asas seperti membersihkan rumah dan membeli barangan harian,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda