Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan But Kereta Jadi Platform Anak Muda Kulim Jana Pendapatan

By 4 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Jualan but kereta di Pasar Kulim, di sini terus menjadi tumpuan apabila lokasi baharu itu menarik kehadiran peniaga muda dan pengunjung setiap hari, sekali gus mewujudkan peluang meningkatkan pendapatan dalam kalangan anak muda tempatan.

Pasar berkonsepkan jualan terus dari kenderaan itu beroperasi setiap hari dari pukul 3 petang hingga malam dan menjadi semakin meriah pada hujung minggu.

Seorang peniaga makanan, Nurul Najwa, 28, berkata sokongan pengunjung sangat menggalakkan, terutama terhadap produk tauhu bergedil yang dijualnya.

“Ramai pengunjung datang membeli dan memberikan sokongan. Jualan harian kami meningkat dan, Alhamdulillah kami mampu menjana pendapatan sehingga RM6,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Malaysia Akti, di sini baru-baru ini.

Pasar berkenaan kini menjadi medan perniagaan baharu yang mendorong lebih ramai anak muda menceburi bidang keusahawanan, terutama dalam sektor makanan dan minuman.

Suasananya yang santai serta deretan makanan tular menjadikan kawasan ini tumpuan keluarga, remaja dan pelancong tempatan.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan golongan belia, malah menyemarakkan ekonomi setempat dan mengukuhkan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Kulim.

-RI

Tinggalkan komen anda