
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
KLEBANG, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Melaka meletakkan agenda keusahawanan sebagai salah satu teras pembangunan negeri.

Ketua Menteri Melaka ketika menyampaikan ucapan.
“Setiap dasar dan inisiatif yang digerakkan berpaksi kepada satu matlamat, untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan mampu mencipta nilai baharu untuk negeri dan rakyat.
“Setakat November 2025, kerajaan negeri juga telah membelanjakan sebanyak RM1.2 juta menerusi lebih 15 program strategik termasuk latihan keusahawanan, akses pembiayaan, bimbingan teknikal dan pendigitalan perniagaan,” kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika merasmikan Anugerah Usahawan Negeri Melaka 2025 di sebuah hotel di Klebang, di sini semalam.

Ab Rauf bersama usahawan Negeri Melaka.
Menurut Ab Rauf Yusoh, anugerah tersebut bukan sahaja meraikan pencapaian para usahawan tetapi turut menjadi simbol komitmen kerajaan negeri dalam memacu ekosistem keusahawanan yang lebih maju dan progresif.
“Saya ingin melihat lebih banyak syarikat Melaka menembusi pasaran global, lebih ramai usahawan wanita memimpin empayar niaga, lebih ramai belia memilih keusahawanan sebagai jalan perjuangan dan lebih banyak idea hebat lahir dari bumi Hang Tuah ini,” katanya.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin.
-RI





