
Laporan/foto: Hasnida Sarani/Media MBNS (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 4 Dis (MalaysiAktif) – Seramai 30 waris Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia menerima Bantuan Pengurusan Jenazah dalam satu majlis rasmi yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Aminuddin ketika menyampaikan ucapan.
Bantuan disampaikan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat Ahli JPKK kepada masyarakat serta sebagai sokongan kepada waris dalam menguruskan urusan pemergian insan tersayang.
Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang menyifatkan sumbangan itu sebagai penghormatan wajar kepada mereka yang telah mengabdikan diri kepada kampung dan rakyat.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dan menjadi satu penghargaan atas amanah dan pengorbanan mereka,” katanya.

Pendaftaran Ahli JPKK.
Menurutnya, peranan Ahli JPKK selama ini banyak membantu dalam pembangunan dan menjaga keselamatan kampung.
“Kehadiran mereka dalam barisan komuniti adalah penting dalam memupuk perpaduan serta kemajuan desa,” katanya.
Aminuddin yang turut menyampaikan ucapan takziah, menyeru agar masyarakat terus mengenang jasa mereka.
Turut hadir wakil-wakil JPKK dari seluruh daerah Negeri Sembilan.
-RI





