Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Pahang Terus Bantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri

By 14 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 14 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu rakyat di negerinya untuk mempunyai kediaman sendiri melalui projek Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Salah seorang penerima RRP Abdul Razak Abdul Rahman, 52, dari Kampung Ketapang Hilir, di sini bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri.

Nizar menyerahkan kunci rumah kepada salah seorang penerima.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana impian saya sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan. Bantuan ini sangat bermakna dan memberi sinar baharu kepada kehidupan kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci RRP, di sini kelmarin.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan rumah khususnya di kawasan luar bandar.

Nizar Najib bersama 110 penerima bantuan kerajaan Pahang dan lapan penerima kunci rumah Rakyat Pahang (RRP).

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Datuk Sri Mohd Najib yang turut menyampaikan cek sumbangan kerajaan negeri kepada 110 orang penerima.

Ujar Nizar, pelaksanaan inisiatif seperti bantuan kewangan dan RRP adalah bukti komitmen kerajaan negeri.

“Inilah bukti bahawa kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela sejajar dengan agenda pembangunan inklusif negeri,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda