Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

RM1 Juta Disalur, Program Kampung Angkat MADANI Pacu Pembangunan Komuniti

By 14 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify/Facebook Majlis Perbandaran Jasin

JASIN, 14 Dis (MalaysiaAktif) – Felda Tun Ghaffar Air Kangkong dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) Tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur komuniti, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Ucapan Ketua Pengarah Landskap Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN) Mansor Mohamad berkata pemilihan kampung berkenaan sebagai KAM mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar dilaksanakan secara inklusif dan berimpak tinggi dengan kerjasama strategik bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) serta Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Kawasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban.

Penyampaian Sijil Siap Kerja kepada kontraktor.

“Kelulusan oleh Kementerian Kewangan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM membolehkan pelaksanaan pelbagai projek fizikal dan sosial termasuk pembinaan dataran serba guna, naik taraf balai raya dan gelanggang futsal, penambahbaikan sistem saliran dan pencahayaan, selain program komuniti yang menggalakkan penglibatan penduduk secara menyeluruh.

“Inisiatif bersepadu ini turut dilengkapi dengan pelaksanaan Program Taman Rekreasi MADANI yang telah siap sepenuhnya di kampung berkenaan, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina komuniti sejahtera, memperindah persekitaran serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan rakyat,” ujarnya, di sini semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda