Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Lorong Seni Seremban Diiktiraf Lorong Seni Terpanjang Malaysia

By 15 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sarani (Negeri Sembilan)/Media MBS

SEREMBAN, 15 Dis (MalaysiAktif) – Seremban sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila Lorong Seni Seremban secara rasmi diiktiraf sebagai Lorong Seni Terpanjang oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Ucapan perasmian oleh Nicole.

Majlis pengiktirafan yang berlangsung di Benteng Walk, di sini malam kelmarin disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.

Nicole menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil perancangan jangka panjang yang berjaya menterjemahkan seni sebagai pemangkin pembangunan bandar.

“Lorong Seni Seremban membuktikan bahawa seni mampu menghidupkan ruang bandar, merapatkan hubungan komuniti dan pada masa sama memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan serta ekonomi setempat,” katanya.

Pengiktirafan Lorong Seni Seremban sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysiaoleh MBOR memperkukuh Seremban sebagai bandar kreatif.

Dibangunkan sejak 2019, Lorong Seni Seremban merangkumi laluan sepanjang satu kilometer perjalanan pergi dan balik, menampilkan lebih 50 mural yang dihasilkan berteraskan konsep pengindahan bandar dan keterlibatan komuniti dengan kos pembangunan berjumlah RM2.5 juta.

Projek ini turut mengubah lorong bandar yang sebelum ini pasif kepada ruang awam yang aktif dan mesra pengunjung.

Pengiktirafan MBOR ini dilihat sebagai pemangkin baharu dalam memperkukuh kedudukan Seremban sebagai bandar kreatif, selain menyokong agenda promosi pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, sekali gus meletakkan Lorong Seni Seremban sebagai tarikan seni awam utama di peringkat nasional.

Turut hadir Datuk Bandar Datuk Ir. Ts. Haji Masri Baharuddin bersama kepimpinan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama barisan Ahli Majlis serta warga kerja MBS.

-RI

Tinggalkan komen anda