Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Mangsa Banjir Zahir Penghargaan Terima Sumbangan Sultan Pahang

By 18 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Zayana Isa (Pahang)/ Kesultanan Pahang

KUANTAN, 18 Dis (MalaysiaAktif) – Mangsa banjir yang menduduki Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Taman Sri Mahkota menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang atas sumbangan makanan kepada mereka, di sini semalam.

Sekitar suasana di PPS

Salah seorang penerima sumbangan berkenaan, Nur Izzati Abdul Halim, 37, berkata beliau sama sekali tidak menyangka akan menerima makanan dari dapur istana.

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku. Saya juga amat bersyukur kerana rezeki di PPS ini tidak pernah putus,” katanya.

Antara penerima sumbangan

Sebanyak dua PPS yang terlibat pada hari pertama pengagihan makanan dengan kerjasama Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang membabitkan PPS Taman Sri Mahkota dan PPS Wisma Belia, Indera Mahkota.

Turut hadir menyampaikan kurniaan tersebut Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Dato Haji Yahya.

-AA-

Tinggalkan komen anda