
Laporan/ foto: Zayana Isa/ Allyshia Low (Pahang)
KUANTAN, 31 Dis (MalaysiaAktif) – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) akan melaksanakan kadar baharu kompaun letak kereta berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Kawasan parkir di sekitar bandar Kuantan
Datuk Bandar MBK, Datuk Zaliza Zulkipli berkata, pelaksanaan kadar baharu itu selaras dengan peruntukan di bawah Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Kuantan 2005.
Menurutnya, kadar kompaun yang ditetapkan ialah RM10 bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, manakala RM100 dikenakan bagi bayaran yang dibuat selepas tempoh tersebut.
“Pelaksanaan kadar baharu kompaun letak kereta ini bertujuan menggalakkan orang ramai membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Kadar kompaun baharu akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026
Ujarnya lagi, pelaksanaan kadar ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membuat bayaran kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.
“Di samping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan letak kereta yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya lagi.
-AA-





