
Laporan/foto: Hasnida Sarani/Media MBNS (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 6 Dis (MalaysiAktif) – Peluncuran Tabung Amanah Pendidikan Yayasan Undang Johol memperkukuh sokongan pendidikan kepada anak-anak Johol serta membuka ruang lebih luas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Gimik peluncuran yang disempurnakan oleh Undang Luak Johol.
Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah mencemar kaus hadir meluncurkan tabung tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata inisiatif Yayasan Undang Johol ini seiring usaha kerajaan negeri memperluas akses pendidikan rakyat.

Aminuddin ketika menyampaikan ucapan.
“Kerajaan negeri sentiasa komited menyokong program seperti ini kerana kita mahu setiap anak Johol, tanpa mengira latar belakang keluarga diberikan peluang yang adil untuk melanjutkan pelajaran.
“Apabila masyarakat, kerajaan dan sektor korporat berganding bahu, kita dapat membentuk ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dan mampu melahirkan generasi muda berdaya saing,” katanya.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan daripada kerajaan negeri dan NS Corporation sebagai komitmen bersama memajukan pendidikan masyarakat setempat.
-RI





