Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kampung Terusan Seberang Berwajah Baharu

By 6 Disember 2025Disember 8th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Nizam (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 6 Dis (MalaysiAktif) – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Terusan Seberang sebagai komitmen memperkasa pembangunan luar bandar.

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah LLM.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan program Santuni MADANI yang dimulakan pada Februari lalu, dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya dan rakan industri bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui pembangunan infrastruktur, pendidikan dan sosioekonomi.

Pelaksanaan projek melibatkan peruntukan RM1 juta yang disediakan Kementerian Kewangan merangkumi naik taraf kemudahan asas seperti penambahbaikan Masjid Kampung Terusan Seberang, pembaikan balai raya, pemasangan 10 lampu jalan solar, pembangunan dewan terbuka di Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis serta penambahbaikan fasiliti Tabika KEMAS dan Perpustakaan Desa.

Kemudahan Internet tanpa wayar, penaiktarafan gelanggang sukan, infrastruktur tanah perkuburan serta sumbangan mini excavator turut dilaksanakan sebagai nilai tambah kepada kesejahteraan kampung.

Kampung Terusan Seberang turut menerima mesin pengorek mini.

Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Sazali Harun berkata inisiatif Kampung Angkat MADANI bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi usaha merapatkan hubungan rakyat dan pemimpin melalui rasa kebersamaan.

“Pembangunan hanya bermakna apabila dinikmati bersama secara inklusif, tanpa sesiapa yang tertinggal,” katanya.

Menurutnya, LLM komited untuk terus memperluas program seumpama ini demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Program ini turut memperkenalkan pengisian pembangunan komuniti seperti kelas masakan, sesi keusahawanan dan teknik ternakan ikan bagi membuka peluang peningkatan pendapatan masyarakat setempat.

Majlis turut menyempurnakan penyerahan gelanggang futsal dan silat, kemudahan Wi-fi kampung, mesin pengorek mini, Program Back To School dan sumbangan pendidikan kepada tujuh penuntut institusi pengajian tinggi.

-RI

Tinggalkan komen anda