
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
AYER KEROH, 6 Dis (MalaysiaAktif) – Pembentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ membawa 204 inisiatif yang berpaksikan Melaka Sayang Rakyat ‘MeSRa’ dengan anggaran Perbelanjaan Mengurus RM528.8 juta, mengekalkan inisiatif Bajet Lebihan manakala Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM93 juta.

Ab Rauf ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat di Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15, di sini semalam kerajaan negeri terus merangka bajet ini dengan memberi tumpuan kepada segenap lapisan masyarakat, daripada bayi hinggalah warga emas.

Bajet Negeri Melaka 2026 Demi Rakyat Untuk Rakyat meliputi semua lapisan masyarakat.
“Antara peruntukan terbesar di bawah inisiatif Melaka Sayang Rakyat, adalah melalui MeSRa kebajikan, keseluruhannya melibatkan implikasi kewangan. Bantuan Khas Kewangan penjawat awam pada Bajet 2026, adalah setengah bulan gaji atau minimun RM2 ribu, dengan tambahan RM500.
“Dengan perancangan yang komprehensif dan inklusif, saya yakin manfaatnya akan benar-benar dirasai rakyat, semoga segala inisiatif ini dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2026 dan terus mengangkat nama Melaka di pentas dunia,” katanya.
-RI





