
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Facebook Ab Rauf Yusoh (Melaka Tengah)
PENGKALAN BATU, 6 Dis (MalaysiaAktif) – Mengekalkan budaya dan tradisi Srikandi Melayu menjadi objektif utama kepada penganjuran Kejohanan Sukan Tradisional Tun Teja 2025 Piala Ketua Menteri Melaka bertempat di Jejantas Tun Teja, Plaza Melaka Sentral.

Sesi Cabutan Bertuah.
Kejohanan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ini telah memperlihatkan keperkasaan dan keyakinan wanita melalui aktiviti sukan malah menjadi manifestasi usaha dalam memelihara permainan tradisional daripada ditelan arus modenisasi.
Menurut Ab Rauf, sambutan yang mengalakkan dengan lebih 1,000 penyertaan direkodkan menjadi saksi perhubungan warisan nenek moyang dengan semangat juang untuk terus mengekalkan identiti negeri Melaka.

Permainan Sukan Tradisional yang dipertandingkan.
“Dikhabarkan permainan tradisional Konda Kondi, Dam Aji, Tuju Selipar dan banyak lagi menjadi pengikat ukhuwah dalam masyarakat disamping mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu kala.
“Tahniah dan syabas kepada penganjur dibawah kepimpinan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin yang telah memilih lokasi Jejantas Ikonik Tun Teja sebagai simbolik kebangkitan Srikandi Wanita Melayu,” ujarnya.
-RI





