
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/RT Progresif Taman Impianku
KUANTAN, 15 Dis (MalaysiaAktif) – RT Progresif Taman Impianku menerima Anugerah Komuniti Lestari Kuantan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam Sesi Town Hall di Dewan Bandaraya Kuantan, di sini kelmarin.

Faizal (kanan) bersyukur atas anugerah yang diberikan kepada RT Progresif Taman Impianku.
Menurut Pengerusi RT Progresif Taman Impianku Mohd Faizal Razak, anugerah berkenaan diterima atas berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah dicapai pihaknya.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak MBK atas pengiktirafan ini dan memilih Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kami yang sering bergiat aktif bersama komuniti dan pihak MBK,” katanya.
Katanya lagi, beliau dan ahli jawatankuasa sentiasa bergerak bersama komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai program demi kemajuan dan kesejahteraan penduduk.
“Kami bergiat aktif dan pelbagai projek telah dan sedang dilaksanakan di kawasan kediaman kami. Diharapkan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan,” katanya.
-RI





