Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

JPKK Kampung Gudang Rasau Turun Padang Bantu Hadapi Musim Banjir

By 17 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 17 Dis (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gudang Rasau bersama-sama turun padang membantu operasi pemindahan mangsa banjir di kawasan mereka.

Pelajar KPTM Kuantan diarahkan berpindah ke PPS berhampiran.

Pengerusinya Tarmizi Mohd Yusof berkata beliau dan ahli jawatankuasa yang lain turun memantau sekitar kawasan yang dinaiki air selain membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Hari ini kita memindahkan pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan untuk dipindahkan ke PPS berhampiran dan Alhamdulillah proses pemindahan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Anggota bomba membawa mangsa ke PPS berhampiran.

Katanya proses pemindahan berjalan lancar dengan bantuan agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak dan diharapkan proses pemindahan mangsa-mangsa banjir ini berjalan lancar. Memandangkan keadaan air naik dengan cepat, kita harapkan semuanya dalam keadaan selamat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda