Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Cawangan Bank Bergerak BSN Mudahkan Perkhidmatan Luar Bandar

By 31 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Cathrine Jenah/JAV Robitikson Majingka & JAV Mohammad Ariffin Hassan (Bintulu)

BINTULU, 30 Jan (MalaysiaAktif) – Cawangan Bank Bergerak (CBB) Bank Simpanan Nasional (BSN) memperluas perkhidmatan luar bandar sejak mula beroperasi pada 10 Mei 2021 bagi memastikan penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak mendapat akses perbankan yang mudah dan menyeluruh.

Meikle Ding menyifatkan kehadiran Cawangan Bank Bergerak BSN di pekan Sebauh setiap Khamis memudahkan urusan perbankan dan mengurangkan perjalanan penduduk ke Bandar Bintulu.

Unit bergerak menggunakan lori dan van khas ini menawarkan pengeluaran tunai ATM, deposit, pembukaan akaun serta pembelian BSN Sijil Simpanan Premium (SSP), membolehkan penduduk menyelesaikan urusan harian tanpa perlu ke bandar.

Penghulu Meikle Ding berkata, “Kehadiran unit bergerak di pekan Sebauh setiap Khamis sangat membantu mengurangkan kos dan jarak perjalanan penduduk ke Bandar Bintulu,” ketika ditemu bual Selasa lalu.

Pegawai Cawangan Bank Bergerak BSN, Abdul Rahim Hassim, memaklumkan, “Operasi di pekan Sebauh bermula jam 10 pagi hingga jam 2 petang dengan dua petugas untuk mengendalikan urusan pelanggan secara profesional.”

Unit bergerak juga memberi tumpuan di Sungai Asap, beroperasi di Dewan Masyarakat Sungai Asap setiap Selasa bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Bong Chong Jin menyatakan Sijil Simpanan Premium BSN dengan ganjaran Cabutan Jutawan dan perlindungan takaful di Bintulu.

Pegawai Eksekutif Deposit BSN Bintulu, Bong Chong Jin, berkata, “BSN menawarkan pelbagai produk utama bagi 2026 termasuk Sijil Simpanan Premium dengan ganjaran Cabutan Jutawan serta perlindungan takaful.”

Orang ramai yang ingin mendapatkan nasihat lanjut boleh mengunjungi pejabat BSN Bintulu di Jalan Sommerville pada Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 4.15 petang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda