Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Geran Hak Milik Jamin Kesejahteraan Rakyat Manjung

By 12 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anita Omar (Manjung)

MANJUNG, 12 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak terus memperkukuh komitmen menjaga kebajikan rakyat melalui penyerahan geran hak milik kepada penduduk di daerah ini, hari ini.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata inisiatif melalui Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) itu bertujuan memperkemas tadbir urus tanah serta memastikan hak rakyat sentiasa dilindungi.

Antara hadirin yang turut hadir ke program tersebut.

“Penyerahan geran hak milik ini bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan jaminan undang-undang yang memberikan kepastian serta keselamatan kepada pemilik tanah.

“Ia juga membuka ruang kepada penduduk untuk merancang masa depan yang lebih terjamin bagi keluarga masing-masing,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Hak Milik RPT Sungai Tiram dan RPT Sungai Batu di Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, di sini.

Seorang penerima Halijah Abdul Rahim, 64, menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan negeri yang memudahkan urusan pemilikan tanah tersebut.

“Saya sangat gembira kerana penantian selama ini berakhir dengan adanya dokumen sah ini. Selepas ini, lebih mudah untuk saya merancang urusan tanah untuk manfaat anak-anak pada masa hadapan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda