Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pameran Khas ‘Dirgahayu Cinta’ Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor untuk Tatapan Umum

By 12 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Herlina Ainizawati Zakaria/Nur Syafiq Kamaruzzaman (Shah Alam)

SHAH ALAM, 12 Jan (MalaysiaAktif) – Pameran khas bertemakan Dirgahayu Cinta sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz kini dibuka kepada tatapan umum di Muzium Sultan Alam Shah, di sini.

Pasangan diraja itu terdahulu berkenan menyempurnakan majlis perasmian pameran tersebut pada Jumaat lepas dan sekali gus menjadikannya sebagai satu penghormatan istimewa kepada warisan dan adat istiadat Diraja Selangor.

Menurut Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Selangor Datuk Borhan Aman Shah pameran tersebut merupakan cetusan ilham Raja Muda Selangor yang berhasrat agar rakyat jelata dapat mendekati serta memahami dengan lebih dekat akan keindahan, kehalusan seni dan ketinggian adat istiadat Diraja Selangor khususnya berkaitan Istiadat Perkahwinan Diraja.

“Pameran ini bukan sekadar memperagakan koleksi, malah menjadi wadah penghayatan terhadap nilai simbolik, kesantunan adat serta jati diri Negeri Selangor.

“Selain menjadi tarikan istimewa kepada masyarakat, pameran ini juga berperanan sebagai usaha pendokumentasian serta pemeliharaan warisan Diraja Selangor agar dapat difahami dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dirgahayu Cinta – Pameran Khas Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja D.Y.T.M. Raja Muda Selangor Dengan Y.M. Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, di sini.

Pameran sehingga 31 Mei itu turut menampilkan koleksi peribadi Raja Muda Selangor dan pasangannya yang diperkenankan untuk dipamerkan kepada umum, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menghayati secara dekat elemen penting dalam adat dan tradisi Diraja Selangor.

-FN

Tinggalkan komen anda