Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Luar Bandar Mampu Cipta Kecemerlangan di Peringkat Dunia

By 12 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 12 Jan (MalaysiaAktif) – Kejayaan gemilang Pasukan Robotik Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang membuktikan pelajar luar bandar juga mampu mencipta kecemerlangan di peringkat dunia jika diberi peluang dan sokongan yang sewajarnya.

Nizar meneliti sijil yang dibawa pulang dari Australia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Datuk Sri Mohd Najib berkata Anugerah Technical Award dalam Creative Category – Technic (Junior) yang dimenangi sekolah berkenaan telah mengangkat imej Pekan ke persada antarabangsa.

“Kerajaan negeri dan saya sendiri akan terus menyokong usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar lebih ramai anak-anak Pahang dapat melakar kejayaan seumpama ini pada masa akan datang.

“Saya harap kejayaan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada pelajar-pelajar lain di daerah ini untuk menceburi bidang sains, teknologi dan inovasi,” katanya epada Malaysia Aktif sewaktu meraikan kejayaan pelajar SK Permatang Keledang, di sini malam tadi.

Nizar meraikan anak-anak Orang Asli yang mewakili Malaysia di kediaman rasminya.

Sebelum ini, pasukan robotik SK Permatang Keledang telah mengharumkan nama sekolah dan negara apabila berjaya memenangi anugerah tersebut sempena International Robot Olympiad (IRO) 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 21 Dis 2025 di Southport Sharks, Gold Coast, Australia.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan pendidikan berasaskan inovasi dan teknologi mampu melahirkan generasi muda yang berdaya saing di peringkat global.

-RI

Tinggalkan komen anda