Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KAM Kampung Sena Tingkat Kualiti Hidup Penduduk

By 15 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/ICU JPM Perlis

ARAU, 15 Jan (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan projek-projek di Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 Kampung Sena diyakini mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk di samping membuka peluang pemerkasaan ekonomi setempat melalui kemahiran praktikal yang diterapkan.

“Melalui Program Kampung Angkat MADANI, kepakaran akademik digabungkan dengan keperluan sebenar masyarakat setempat,” kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dalam Majlis Penyerahan Projek di Pusat Komuniti Desa Kampung Sena, di sini pada Selasa.

Program Kampung Angkat MADANI berimpak tinggi dalam menaik taraf kemudahan dan membina keupayaan penduduk.

Dalam ucapannya, Zaliman berkata pelaksanaan KAM mencerminkan peranan aktif UniMAP dalam pembangunan komuniti secara holistik dan mampan.

“UniMAP bukan sahaja berfungsi sebagai pusat kecemerlangan akademik, malah turut komited menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan komuniti.

“Inilah pendekatan pembangunan seimbang yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Tambahnya, KAM merupakan satu pendekatan pembangunan berimpak tinggi yang bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal, malah membina keupayaan penduduk melalui pemindahan ilmu dan kemahiran.

Maznah Musa bersama wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, ahli JPKKP Kampung Sena serta penduduk setempat.

Program yang diterajui oleh UniMAP ini merangkumi pelaksanaan empat projek fizikal dan lapan projek bukan fizikal, yang dirangka berdasarkan keperluan serta keutamaan penduduk Kampung Sena.

Antara projek fizikal utama yang telah disiapkan termasuk pembaikan sistem perparitan bagi menangani isu banjir kilat, naik taraf Pusat Komuniti Desa, pemasangan lampu solar di lokasi strategik serta pemasangan papan tanda dan mercu tanda kampung.

Padsa masa sama, aspek pembangunan modal insan turut diberi penekanan menerusi pelaksanaan projek bukan fizikal seperti Baca Kids, selain kursus kemahiran jangka pendek merangkumi asas pendawaian elektrik dan servis motosikal, khususnya untuk golongan belia kampung.

-RI

Tinggalkan komen anda