Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama Johor 2025 Cemerlang, Bukti Keberkesanan Sistem Pendidikan Agama

By 22 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Fared Mohd Khalid (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Keputusan peperiksaan sekolah agama Johor bagi tahun 2025 mencatatkan pencapaian yang amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem pendidikan yang dilaksanakan secara berterusan oleh kerajaan negeri.

Mohd Fared berkata Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam memperkukuh silibus sekolah agama bagi memastikan institusi tersebut melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata bagi Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), seramai 23,350 calon atau 99.83 peratus layak menerima sijil manakala peratus kelayakan ke darjah khas turut meningkat kepada 97.16 peratus.

“Untuk Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) pula menyaksikan aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) mencapai kelulusan 100 peratus dan Maahad Johor telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik apabila merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.30,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDEA, SMRA dan SMA Tahun 2025 di Dewan Luqmanul Hakim Maahad Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Fared berkata keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) pula menyaksikan Maahad Tahfiz Negeri Johor muncul sebagai Sekolah Terbaik dengan pencapaian GPS 1.36.

Sesi bergambar selepas selesai Majlis Pengisytiharan Peperiksaan SDEA, SMRA dan SMA di Dewan Luqmanul Hakim Maahad Johor

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta doa yang berpanjangan.

“Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menjadi pendorong utama di belakang kejayaan anak-anak mereka,” katanya.

Mohd Fared menegaskan pendidikan agama disifatkan sebagai satu iktikad berterusan demi melahirkan generasi pewaris yang mampu memimpin masyarakat dengan ilmu, iman dan akhlak.

-AA-

Tinggalkan komen anda