Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kota Kinabalu Tawar Tambang Percuma Kepada Golongan Sasar

By 13 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu bakal beroperasi secara rasmi bermula 15 Feb ini sebagai salah satu inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam di Sabah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Jaguh Bayu Sdn Bhd, Nur Azila Jalday pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu akan dilaksanakan secara berfasa dengan 48 unit bas dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Jun ini.

Beliau berkata perkhidmatan bas awam tersebut akan meliputi lapan laluan utama antaranya Terminal Menggatal, Kota Kinabalu Sentral hingga Kepayan.

Keadaan di dalam bas BAS.MY Kota Kinabalu yang menawarkan kemudahan lebih selesa dan sistematik kepada pengguna pengangkutan awam.

“Selain menawarkan perkhidmatan bas berhenti-henti yang lebih sistematik, BAS.MY turut memperkenalkan kemudahan semakan masa ketibaan bas secara masa nyata menerusi aplikasi mudah alih LUGO.

“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh menyemak jadual perjalanan, mengetahui lokasi bas serta anggaran masa ketibaan di hentian sekali gus membantu penumpang merancang perjalanan dengan lebih teratur,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak MADANI Kampung Sembulan, di sini pada Ahad.

Tambahnya, BAS.MY Kota Kinabalu turut menyediakan Kad Konsesi yang menawarkan tambang percuma tanpa had kepada empat golongan sasar.

Orang ramai mengunjungi pameran BAS.MY Kota Kinabalu sempena Majlis Semarak MADANI Kampung Sembulan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan bas awam tersebut.

“Golongan tersebut ialah warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun serta pelajar universiti. Mereka hanya perlu membuat pendaftaran dengan bayaran RM10 sekali sahaja bagi tujuan pengeluaran kad fizikal.

“Bagi golongan awam yang tidak termasuk dalam kategori berkenaan, pembayaran tambang boleh dibuat menggunakan kad debit atau kaedah pembayaran tanpa tunai yang disediakan. Di Sabah, penggunaan Kad Konsesi ini adalah khusus untuk perkhidmatan BAS.MY sahaja,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda