Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Melewar Fun Run 2.0 Meriah

By 11 Januari 2026Januari 12th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sarani/Shahril Alias (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 11 Jan (MalaysiAktif) – Seramai 780 orang peserta mengambil bahagian dalam Melewar Fun Run 2.0 yang berlangsung meriah bersempena sambutan Hari Keputeraan ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Padang Awam Seri Menanti, di sini semalam.

Acara larian itu merupakan salah satu pengisian utama sambutan yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat negeri.

Turut berkenan berangkat ialah kedua-dua putera baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-‘Abidin.

Kehadiran  ini disambut meriah oleh peserta dan hadirin.

Seorang peserta larian, Nurul Nadirah, 29, berkata acara larian itu sangat meriah dan memberi inspirasi untuk terus hidup sihat,

“Melewar Fun Run 2.0 bukan sekadar larian, ia menyatukan kami semua dari pelbagai lapisan untuk meraikan hari bersejarah ini,” katanya selepas menamatkan larian.

-RI

Tinggalkan komen anda