Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Peniaga Dikompuan Gagal Pamer Tanda Harga

By 11 Januari 2026Januari 12th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KPDN Labuan

LABUAN, 11 Jan (MalaysiaAktif) – Seorang peniaga kedai runcit di kawasan perkampungan di sini dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] semalam kerana gagal meletakkan tanda harga jualan pada barang dagangannya.

KPDN memandang serius isu penandaan harga kerana ia merupakan aspek penting dalam urusan perniagaan yang telus.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan dalam satu kenyataan memaklum tindakan itu hasil maklumat awam diterima pihaknya.

“Para peniaga diingatkan agar sentiasa memastikan penandaan harga bagi setiap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dipaparkan dengan jelas, mudah dilihat serta dinyatakan dalam mata wang Ringgit Malaysia atau sen.

“KPDN memandang serius isu penandaan harga kerana ia merupakan aspek penting dalam urusan perniagaan yang telus, selain ketiadaan tanda harga boleh membuka ruang kepada aktiviti manipulasi harga yang menjejaskan pengguna,” menurut kenyataan tersebut.

KPDN Labuan turut menjalankan pemeriksaan bekalan barang kawalan.

Selain tindakan ke atas peniaga tersebut, KPDN Labuan turut menjalankan pemeriksaan bekalan barang kawalan serta barangan kelengkapan persekolahan di sekitar premis perniagaan di seluruh Labuan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 93 premis perniagaan lain yang diperiksa mematuhi perundangan semasa yang dikuatkuasakan oleh KPDN,” menurut kenyataan itu.

-RI

Tinggalkan komen anda