Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Program Komuniti MADANI MPJ Perkukuh Perpaduan Rakyat

By 26 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify

JASIN, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Program Komuniti MADANI Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin ke-19 Tahun 2026 di Dataran Vista Alamanda (D’VA) MPJ, menjadi medium penting dalam memperkukuh hubungan komuniti serta menyokong pembangunan perbandaran yang berdaya huni, selamat dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ucapan Aluan Zahiruddin Zahari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zin berkata penganjuran Program Komuniti MADANI MPJ mencerminkan pendekatan Malaysia MADANI di peringkat akar umbi apabila ia menjadi platform memperkukuh nilai kebersamaan, keprihatinan sosial dan tanggungjawab bersama antara kerajaan tempatan dan komuniti.

“Ia sekali gus menjadikan Sambutan Ulang Tahun ke-19 Perbandaran Jasin sebagai pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” katanya ketika merasmikan program berkenaan, kelmarin.

Ucapan perasmian Zulkiflee Mohd Zin.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang hampir dua dekad penubuhannya, MPJ telah melalui pelbagai fasa transformasi.

Transformasi tersebut katanya membuktikan kematangan dalam tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan pengurusan bandar, di samping menekankan keperluan pembangunan fizikal dilaksanakan seiring dengan pembangunan sosial, kelestarian alam sekitar serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran perubahan iklim dan bencana.

-RI

Tinggalkan komen anda