Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Penanaman 2.2 Juta Pokok Kuala Muda Perkukuh Agenda Kelestarian Alam Sekitar

By 28 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin (Kuala Muda)

KUALA MUDA, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Program Penanaman 2.2 Juta Pokok Peringkat Daerah Kuala Muda yang dilaksanakan di Padang Awam Pantai Merdeka hari ini menjadi antara inisiatif berterusan kerajaan daerah dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara melalui usaha penghijauan melibatkan pelbagai pihak.

Pegawai Daerah Kuala Muda merasmikan Program pada pagi ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Muda Azmin Zainal Abidin, yang menegaskan kepentingan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam menjayakan usaha pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Menurutnya, program penanaman pokok itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan keluasan kawasan hijau di daerah berkenaan, malah berperanan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim, memperbaiki kualiti udara serta mengekalkan keseimbangan ekosistem setempat.

“Usaha ini merupakan pelaburan jangka panjang terhadap alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat, di samping menyokong komitmen kerajaan dalam mencapai sasaran penanaman 2.2 juta pokok di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Bau Wong Bau Ek turut hadir untuk menanam pokok.

Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat, sekali gus menjadikannya platform berkesan untuk memupuk kesedaran awam tentang kepentingan menjaga dan memelihara khazanah alam negara.

Program ini dijangka memberi impak positif jangka panjang terhadap alam sekitar di daerah Kuala Muda, selari dengan aspirasi pembangunan mampan dan kelestarian yang menjadi teras agenda nasional.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Bau Wong Bau Ek ketua-ketua jabatan dan wakil agensi berkaitan.

-RI

Tinggalkan komen anda