
Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim (Kulai)
KULAI, 30 Jan (MalaysiaAktif) – Kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) amat penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil memberi manfaat berterusan kepada organisasi dan komuniti setempat, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Mohd Hafiz Aliman.

Mohd Hafiz ketika menyampaikan ucapan perasmian.
“Kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan ahli PUSPANITA perlu diperkukuh supaya setiap keputusan yang dibuat dapat memberi impak positif kepada organisasi dan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Kulai Kali ke-20 di Dewan Pentadbiran Pejabat Daerah Kulai (PDKu), di sini kelmarin.
“PUSPANITA berperanan sebagai wadah penyatuan ahli dalam memperkukuh kebajikan serta jaringan sokongan perkhidmatan awam,” kata Timbalan Pengerusi 1 Sharifah Amariah.
Mesyuarat Agung tersebut diharapkan dapat memperkukuh hala tuju persatuan serta memperkasakan peranan wanita dalam menyokong agenda pembangunan komuniti dan perkhidmatan awam di daerah Kulai.
-RI






