
Laporan/foto: Muhammad Fakhri/Muhammad Hafizul (Alor Gajah)
ALOR GAJAH 28 Jan (MalaysiaAktif) – Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka melakar sejarah tersendiri apabila menandatangani memorandum persefahaman bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menaik taraf statusnya sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sepenuhnya.

Ucapan perasmian oleh Ts. Dr. Aminuddin.
Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh institusi pendidikan agama agar seiring dengan arus pendidikan perdana negara.
Ketua Setiausaha KPM Dato’ Ts. Dr. Aminuddin Hassim berkata usaha ini adalah bagi merancakkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) tanpa mengenepikan pendidikan Islam.
“Melalui status SABK, sekolah akan menerima bantuan kewangan yang lebih teratur meliputi prasarana, kemudahan pembelajaran serta kebajikan warga sekolah.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab menyambut kedatangan Ts. Dr. Aminuddin.
“Impaknya, para pelajar berpeluang menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, seimbang dari segi akademik dan sahsiah. Inisiatif ini diyakini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan sekolah dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing,”ujarnya.
-RI





